COWAY | MALAYSIA

PRODUK canggih dengan tawaran belian menarik menjadi kunci utama kejayaan produk penapis air dan udara, nombor satu di Korea Selatan, mampu menembusi pasaran tempatan walaupun baru lima tahun usia beroperasi di Malaysia. 

Kumpulan Woongjin Coway melabur kira-kira RM50 juta kepada Coway Malaysia sejak dibangunkan pada 2006. Dalam rangka jangka panjang, Coway Malaysia berusaha menjadi penanda aras untuk cawangan luar negara lain seperti di AS, China, Jepun dan Thailand. Dalam usaha memastikan ia berjaya di penuhi, Coway Malaysia akan memanfaatkan sebanyak RM6 juta daripada bajet ke dalam siri aktiviti pengiklanan dan promosi termasuk kempen tahunan, pengiklanan dan aktiviti promosi.
Melihatkan keutamaan pelanggan dalam memilih produk menjadikan Coway prihatin menghasilkan produk kepada pelanggan sasaran iaitu yang mementingkan penjagaan kesihatan, pada masa sama inginkan gaya peribadi.

Jualan di Malaysia amat memberangsangkan, menerbitkan rasa yakinnya terhadap produk ditawarkan itu. Lebih menarik skim sewaan Coway menawarkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada kadar sewa serendah RM70 sebulan. Ini termasuk produk sanitasi, penukaran alat penapis secara berkala dan perkhidmatan selepas jualan. Tempoh minimum adalah dua tahun dan maksimum lima tahun. Lebih menarik tawaran pembelian yang hebat dan menguntungkan pelanggan. 


INFO: Skim belian Coway

  • Semua perkhidmatan ditawarkan adalah percuma kecuali sewa bulanan.

  • Produk sewa beli menjadi milik pelanggan selepas lima tahun

  • Lebih menarik pelanggan boleh memohon penukaran model baru produk selepas tempoh lima tahun tanpa caj pendaftaran.

  • Pelanggan boleh mengekalkan servis premium dengan menyertai Program Keahlian Servis. Bagi Keahlian Premium, harganya adalah 30 ke 40 peratus lebih rendah daripada kadar sewa.

  • Bagi keahlian biasa, percuma penukaran penapis dan alat ganti (berharga kurang RM50) dan harganya adalah 60 ke 70 peratus rendah daripada kadar sewa.  Artikel penuh

  • No comments:

    Post a Comment