OKSIGEN SUMBER UTAMA

Oksigen merupakan satu unsur penting tubuh manusia, bersama-sama dengan hidrogen, karbon dan nitrogen. Tetapi, oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlu setiap saat dan minit. 

Kesemua proses penting, seperti pernafasan, peredaran, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, serta pembiakan hanya berlaku apabila terdapat banyak oksigen. Oksigen merupakan sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu.

Sel yang ditugaskan mengangkut oksigen dalam tubuh manusia ialah sel darah merah. Sel darah merah (eritrosit) memainkan peranan yang sangat penting di dalam badan kita. Sel-sel ini berperanan membawa oksigen dan membawa keluar bahan buangan dari badan.

Setitik sel darah mengandungi berjuta-juta sel darah merah. Sel darah merah adalah sel yang berbentuk piring yang melengkung di kedua-dua sisinya. Bentuknya seperti donut yang kecil apabila dilihat di bawah mikroskop. Saiznya yang kecil mampu membuatnya mudah melalui saluran darah yang kecil, mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

Sel darah merah berwarna sedemikian kerana ianya mengandungi sejenis protein yang dipanggil hemoglobin. Hemoglobin ini berwarna merah terang. Sel darah merah akan mati pada sesuatu jangka hayat. Secara purata, jangka hayatnya adalah selama 120 hari. Sel darah merah sentiasa dihasilkan di dalam sum-sum tulang bagi menggantikan sel-sel yang lama.

Justeru, air yang bersih (air tulen) sangat diperlukan di dalam tubuh manusia untuk menyelaraskan suhu badan selain membekalkan nutrien kepada organ tubuh, membawa oksigen kepada sel, membuang bahan toksid serta memberi perlindungan kepada sendi dan organ anda.

Tempah di sini, Sistem Penulenan Air (RO=H2O) COWAY

No comments:

Post a Comment