RO vs MINERAL

R.O. ialah cara yg paling efektif utk menyingkirkan bahan pencemar di dalam air serta menghasilkan air tulen dan sempurna iaitu H2O. Diringkaskan H2O adalah air tulen dan air RO adalah air tulen.

Manakala mineral datang daripada sumber organik (tanaman/tumbuhan/haiwan) dan bukan organik (air).

Kebanyakan mineral yg terdapat di dalam air adalah bersifat bukan organik. Pengumpulan bahan bukan organik ini lama-kelamaan akan menimbulkan masalah kepada arteri, batu karang dan pundi hempedu kerana mineral yangg diperlukan oleh badan sebenarnya boleh didapati daripada makanan sumber tanaman / tumbuhan dan haiwan bukannya minuman.

Apa yang sering kita terlepas pandang?
Manusia diperbuat dari tanah dan bumi mengandungi mineral. Tubuh manusia terbuat dari mineral dan tanaman tumbuh di bumi dan mengambil mineral dari bumi. Kandungan mineral dalam tanaman organik dalam asalnya dan mudah diserap oleh tubuh kita. 

Tubuh kita tidak menyerap mineral dengan ketika mineral tersebut dalam bentuk bukan organik (air mineral). Ketika kita memberi tubuh kita dengan mineral dalam bentuk bukan organik, kita tidak membantu melengkapkan tubuh kita dengan mineral. 

Kita sibuk berhujah di antara satu sama lain seolah "menegakkan benang yang basah" namun melupakan perkara asas yang sangat mudah dalam penjagaan kesihatan optimum. 

Anda sudah lupa amalan pengambilan makanan seimbang? piramid makanan? bukankah di dalamnya terdapat sukatan dari jenis tanaman, tumbuhan dan haiwan? Adakah tubuh anda seharian hanya diisi dengan minuman (air mineral) sahaja tanpa sebarang makanan dari jenis tumbuhan dan haiwan?

Tubuh hanya memerlukan air tulen = H2O = air RO, manakala mineral perlu diperolehi melalui pengambilan dari bentuk organik (sumber semulajadi samada buahan, sayuran dan haiwan).
 
Kita harus melengkapi tubuh kita dengan mineral dalam bentuk organik (tanaman/tumbuhan/haiwan), yang ditemui dalam makanan kita. Makanan kita harus menjadi ubat-ubatan dan ubat kita harus menjadi makanan kita. 

Malangnya, kita makan hanya untuk memenuhi selera tekak dan perut. Kita tidak makan untuk menjadi sihat. Kita masak makanan sehingga semua mineral dalam makanan hilang. Ketika kita membakar makanan  untuk suhu tinggi tertentu, kita menghancurkan mineral. 

Makanan diambil dalam bentuk asli adalah lebih baik daripada dalam bentuk dimasak.Sayuran mengandungi mineral dan sebaiknya diambil mentah. Daging, ikan dan ayam juga mengandungi mineral. Ketika kita memasak daging, ikan dan ayam disarankan untuk distim, rebus atau panggang. Apabila kita memasak makanan kita pada suhu yang tinggi, kita menghancurkan mineral dan vitamin dalam makanan. 

Hal ini sangat dianjurkan untuk tidak menggoreng makanan kdan mengambil makanan dalam bentuk asli. Kita harus makan sayuran mentah dan amalkan makan Ulam untuk lebih sihat. Kita harus merebus sayuran yang mengandungi lateks dan mendidihkannya akan menghancurkan lateks beracun untuk tubuh kita. Secara umum, makanan diambil mentah lebih sehat daripada dari kita memasak makanan. Kita suka makan makanan enak dan kita tidak suka makan makanan sihat. 

Untuk membuat makanan kita enak, kita memasak makanan kita sedemikian rupa (goreng dan suhu tinggi) sehingga kita kehilangan semua mineral dan vitamin dalam makanan. Kita tidak membuat makanan kita sebagai ubat untuk kita. Untuk sihat kita pun mengambil pelbagai suplemen dan sayangnya, suplemen dalam bentuk bukan organik tidak mudah diserap oleh tubuh kita. 

Walaupun kita mengambil pelbagai suplemen, kita tetap tidak sihat. Anak-anak kita tidak suka makan sayur-sayuran dan mereka membesar dengan kekurangan gizi mineral dan vitamin tertentu. 

Kesimpulannya, sumber mineral mana satu yang anda pilih? organik atau bukan organik? air RO atau air mineral?

AIR BERSIH MAKANAN SEIMBANG BADAN SIHAT

Tempah di sini, Sistem Penulenan Air (RO=H2O) COWAY


No comments:

Post a Comment