MINERAL ; ORGANIK @ BUKAN ORGANIK

Untuk makluman bersama, mineral terbahagi kepada organik dan bukan organik seperti di bawah :

Mineral Organik – 
Diperolehi daripada sumber yang hidup atau mempunyai kehidupan, mengandungi karbon dan dapat membantu pertumbuhan sel-sel di dalam tubuh. Mineral organik secara amnya berasal dari susu dan tumbuh-tumbuhan, seperti sayuran, kacang-kacangan dan buah-buahan. 

Mineral bukan organik  – 
Diperolehi daripada sumber yang tidak hidup (galian), tanpa karbon dan tidak dapat membantu pertumbuhan sel. Mineral bukan organik umumnya berasal dari dalam tanah, mineral ini tidak dapat digunakan oleh manusia atau binatang, tetapi tumbuhan dapat memprosesnya. Tumbuhan akan menyerap mineral bukan organik dari dalam tanah melalui akarnya dan melalui proses fotosintesis ditukar menjadi mineral organik. 

Mineral bukan organik yang masuk ke dalam tubuh manusia tidak dapat diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing dan dalam jangka panjang akan menyukarkan tugas buah pinggang. 

Pelbagai kandungan mineral bukan organik dalam air misalnya Kalsium Karbonat (CaCo3), Besi (Fe), Mangan (Ma), Natrium (Na), dll.
 
Dr Norman W. Walker menegaskan, dalam salah satu bukunya tentang masalah air, bahawa orang yang minum air dua gelas besar sehari dalam 70 tahun kehidupannya, akan ada sejumlah 17000 liter air. Dan jika tidak ditapis , akan mempunyai cadangan mineral bukan organik seperti Kalsium Karbonat, magnesium dan mineral lainnya yang tidak dapat digunakan oleh tubuh. Sebahagian besar mineral bukan organik tersebut akan dikeluarkan dari tubuh setelah diproses oleh buah pinggang. Ada yang dapat dikeluarkan secara mudah tetapi bila tidak mampu; sebab inilah yang dapat menyebabkan berbagai jenis penyakit. 

Cuma untuk maklumat tambahan, 

Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.
Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan. Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali.

Komposisi makanan yang disarankan pakar pemakanan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.

Makanan yang dianggap beralkali (80%):
* Sayur-sayuran segar
* Buah-buahan segar
* Bijirin (milet)
* Kekacang dan produk kekacang
* Jus buah segar

Makanan yang dianggap berasid (20%):
* Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)
* Daging
* Makanan laut
* Ayam
* Telur
* Sayur-sayuran dan buah-buahan awet
* Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)
* Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)
* Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat
* Susu dan produk tenusu
* Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)

Kesimpulannya, saya lebih mengutamakan pengambilan air tulen bersama pemakanan seimbang dalam usaha mencapai kesihatan optima.

Tempah di sini, Sistem Penulenan Air (RO=H2O) COWAY


No comments:

Post a Comment