AIR TULEN

Sesetengah orang mengesyorkan agar minum lapan hingga dua belas gelas air sehari untuk “membersihkan sistem” dalam badan.

Adakah anda tahu betapa gilanya pendapat begitu?

Pertamanaya, kebanyakan air tidaklah begitu baik. Kemungkinan besar ia mengandungi klorin, florida, galian dan bahan-bahan toksik yang lain.

Meminum air Reverse Osmosis (RO) adalah idea yang terbaik.

Namun begitu, tidak kira apa jua air yang anda minum, anda tidak dapat membersihkan sistem anda dengan menenggelamkannya.

Kadar minuman yang diminum hendaklah ditentukan oleh perasaan haus.

Air paip di negara kita dikelaskan sebagai air yang selamat. Ia bermakna ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak kerana dirawat dengan klorin yang membunuh bakteria dan virus.

Bagaimanapun, rawatan yang ada tidak dapat menyingkir bahan terlarut seperti bahan kimia, sama ada racun serangga, rumpai, cat dan ubat farmaseutikal, termasuk ubat penenang, jantung dan hormon seks.

Bagaimana bahan ini boleh masuk ke dalam air yang kita minum? Bumi adalah satu sistem tertutup dan air yang ada di atas bumi wujud sejak zaman dulu kala lagi. Bahkan ia adalah air yang sama diminum oleh dinasour!

Dunia kita sangat kecil dan tanpa disedari semua orang di dunia berkongsi sumber air sama. Air yang dianggap kotor di Sungai Ganges di India mungkin tersejat menjadi titisan air di awan yang kemudian turun sebagai hujan di tempat anda! Jadi ini sebabnya kita perlu sama-sama menjaga kebersihan sungai dan semua punca air di negara kita supaya tidak tercemar.

Sedihnya, kajian menunjukkan sungai di Asia paling tercemar di dunia; mengandungi tiga kali ganda sisa manusia dan paras plumbumnya 20 kali lebih banyak berbanding sungai di negara maju (perindustrian).

Penyakit akibat air tercemar mudah merebak dan separuh daripada jumlah katil hospital di seluruh dunia diduduki pesakit yang mengalami penyakit bawaan air. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini cirit-birit membunuh ramai kanak-kanak yang melebihi jumlah kematian akibat Perang Dunia Kedua!

“Kandungan nitrat tinggi dalam air menyebabkan bayi baru lahir mengalami Sindrom Bayi Biru; yang mengurangkan kemampuan darah membawa oksigen. Bahan kimia arsenik pula dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru.

“Penapisan dan pengklorinan tidak dapat menyahkan arsenik daripada air. Malah, ada kajian menunjukkan mendidihkan air boleh meningkatkan kandungan arsenik dalam air masak.

“Justeru, mendidihkan air dianggap tidak mencukupi untuk dijadikan benteng mencegah penyakit. Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut dan contoh air tulen ialah air hujan dan air daripada proses osmosis songsang (berbalik).

“Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan asing dalam air minuman masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.

“Lebih tinggi kandungan bahan asing dalam air minuman, lebih kuat buah pinggang perlu bekerja untuk menyingkirnya. Lama kelamaan ia menyebabkan kilang penapis ini letih dan alami kerosakan,” katanya.

Setiap lima hingga 13 hari, air dalam badan diperbaharui. Jadi kita sentiasa ada peluang untuk membersih dan menyingkir bahan toksik berbahaya daripada terkumpul di dalam badan dengan minum air tulen. Air bersih boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar.

Ada yang mempersoalkan jika minum air tulen, kita tidak akan mendapat garam galian?

Garam galian yang diperlukan badan adalah garam galian organik dan ia datang daripada makanan. Garam galian yang ada dalam air bukan organik dan tidak boleh diserap badan. Jadi persoalan kekurangan garam galian daripada air tidak timbul kerana kandungannya terlalu kecil; lagipun semua garam galian itu ada dalam makanan.

Pun begitu, minum air tulen saja tidak dapat menjamin tahap kesihatan anda bertambah baik kerana ia bergantung kepada empat faktor iaitu pemilihan makanan, minuman, senaman dan kerohanian. Ini yang dipanggil penjagaan kesihatan secara holistik dan seseorang tidak mungkin hidup sejahtera jika empat faktor berkenaan tidak seimbang.



No comments:

Post a Comment