PENTINGNYA PERNAFASAN

Asas kesihatan ialah  pengaliran darah yang baik, sistem yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh sel dalam badan. Sekiranya sistem peredaran baik, anda akan hidup lama dan sihat. Persekitarannya ialah pengaliran darah. 

Apakah kunci untuk sistem ini? Pernafasan. 

Ia adalah cara sepenuhnya oksigen dialirkan ke seluruh badan dan merangsang proses elektrik kehidupan bagi sel.

Mari kita lihat dengan lebih dekat bagaimana tubuh badan bekerja. Pernafasan bukan sahaja mengawal pengoksigenan sel tetapi juga mengawal pengaliran cecair limfa yang mengandungi sel darah putih untuk melindungi badan. Apakah dia sistem limfa? Sesetengah orang berfikir ia adalah sistem perkumuhan. Setiap sel dalam badan dikelilingi oleh limfa. Anda mempunyai cecair limfa empat kali ganda banyaknya daripada darah.

Lihat bagaimana sistem limfa bekerja. Darah dipam dari jantung melalui arteri ke saluran kapilari yang nipis dan boleh menyerap cecair. Darah membawa oksigen dan zat makanan ke kapilari, di mana ia disebarkannya ke dalam cecair di keliling sel yang dipanggil limfa.

Sel badan bergantung kepada sistem limfa sebagai satu-satunya cara untuk mengalirkan ke luar sebahagian besar bahan toksik dan lebihan cecair yang menyekat kadar oksigen. Cecair itu mengalir melalui nodus limfa, di mana sel mati dan semua bahan beracun yang lain kecuali darah berprotein dineutralkan dan dihapuskan.

Bagaimana pentingnya sistem limfa? Sekiranya ia ditutup sepenuhnya selama dua puluh empat jam, anda akan mati kerana darah berprotein dan lebihan cecair terperangkap di sekeliling sel.

Aliran darah mempunyai pam iaitu jantung anda. Tetapi sistem limfa tidak sedemikian. Satu-satunya cara untuk limfa bergerak ialah menerusi nafas yang panjang dan menerusi pergerakan otot. Sekirannya anda ingin mempunyai darah yang sihat dengan limfa dan sistem imun yang berkesan, anda perlu bernafas dalam-dalam dan menghasilkan pergerakan yang akan merangsangnya.

Masalahnya ialah kebanyakan orang tidak mengetahui bagaimana hendak bernafas. Seorang dari tiga orang penduduk Amerika mengalami barah. Tetapi para atlet mengalami hanya satu kes barah dari setiap tujuh purata penduduk Amerika. Mengapa? Kajian sebegini mula memberikan kita satu penjelasan. Atlet memberikan aliran darah dengan satu elemen yang paling penting iaitu oksigen. Penjelasan yang lain pula mengatakan atlet merangsang sistem imun badan mereka untuk bekerja pada tahap maksimum dengan merangsang pergerakan limfa.

Mari saya kongsikan dengan anda tentang cara yang paling berkesan untuk bernafas supaya dapat membersihkan sistem badan anda. Anda sepatutnya bernafas dalam nisbah ini: sedut nafas dengan satu kiraan, tahan nafas dalam empat kiraan, dan hembus nafas dengan dua kiraan. Sekiranya anda menyedut nafas slama empat saat, anda tahan nafas sehingga enam belas saat dan hembus semula dengan lapan saat. Mengapa menghembus nafas dua kali lebih lama dari menyedutnya? Ia adalah kerana anda memusnahkan toksin melalui sistem limfatik anda. Ia juga adalah  bagaimana anda boleh mengoksigenkan darah sepenuhnya dan mengaktifkan sistem limfatik.

Senaman aerobik (aerobik bermakna bersenam dengan udara) harian juga merupakan salah satu komponen utama dalam sistem pernafasan yang baik. Berlari itu baik biarpun ia meletihkan. Berenang adalah yang sangat baik. Tetapi salah satu senaman aerobik yang paling sesuai bagi sebarang cuaca ialah trampolin yang mudah didapati dan tidak membebankan tubuh badah anda.

Bina asas yang kukuh sebelum anda mula berjoging atau melompat. Jika anda bersenam dengan betul anda akan mampu bernafas dengan dalam  dan teruskan sehingga anda dapat kesan senaman yang baik. Terdapat banyak buku memperkatakan tentang trampolin dan bagaimana ia menguatkan setiap organ di dalam badan. Luangkan masa untuk melakukan jenis senaman yang memperkayakan hidup seperti ini. Anda pasti gembira.



No comments:

Post a Comment